Pelakon Datuk Rosyam Nor tampil membuat laporan polis di Balai Polis Pudu, pada Khamis susulan namanya dikaitkan dengan kenyataan fitnah membabitkan isu pelakon Fattah Amin.
Berang dengan fitnah yang dilemparkan, Rosyam menerusi hantaran di Instagram miliknya menyenaraikan beberapa pengguna akaun Facebook termasuk pemilik akaun yang menggunakan nama pelawak Bell Ngasri.
“Saya sudah pun membuat laporan polis di Balai Polis Pudu berkenaan penyebaran di media sosial yang berunsur fitnah dan mengaibkan saya dengan (perceraian) Fattah Amin dan Nur Fazura,” katanya.
Menerusi hantaran video terbaharu yang dimuat naik di Instagram, Rosyam turut menunjukkan salinan laporan polis selain hadir ke balai polis ditemani peguam dikenali Aizul.
“Done buat laporan polis. Terima kasih warga balai Pudu dan peguam saya, Aizul. Banyak pula akaun media sosial yang terlibat,” tulisnya pada hantaran kapsyen berkenaan.
Terdahulu, sebaik berita perceraian Fattah bersama bekas isteri, Fazura pada 7 Oktober lalu, tular semula rakaman video podcast yang memperlihatkan Rosyam membincangkan topik mengenai seorang isteri yang mula memandang rendah terhadap suami mereka jika memiliki rezeki atau kekayanaan yang lebih.
Namun, menerusi perbincangan Rosyam tidak menganggap semua wanita berperangai begitu meskipun mendakwa kebanyakannya bersikap demikian.
Artikel Berkaitan:Rosyam Nor Berang, Bagi ‘Warning’ Pada Individu Wanita Sebar Fitnah -“Korang Tunggu Aku Seret Pergi Mahkamah!”
Artikel Berkaitan:“Saya Dulu Berlakon Macam ‘Tahi’ Juga” – Rosyam Nor Tak Boleh Terima Artis Baharu Dilabel Tak Ada Disiplin & ‘Kayu’
Sumber: Instagram, Harian Metro




