Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida sempat berseloroh dengan anak perempuannya, Cik B untuk menjadikan pelakon Fattah Amin sebagai suaminya memandangkan aktor tersebut sudah bergelar duda, baru-baru ini.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen Muhammad Amin di laman TikTok, dapat dilihat remaja tersebut memuji kecantikan ibunya ketika membelek gambar Vida di dalam galeri telefon.
“Cantiknya, isteri siapalah ni,” soal Cik B
Vida atau Hasmiza Othman meluahkan rasa terkejut apabila mendengar pertanyaan Cik B dan memberi jawapan spontan kepada anak perempuannya itu sehingga undang gelak tawa besar.
“Ha isteri? Cik B nak ke mama ada berlaki (suami)? Tapi Fattah Amin kan ada!” ujar Vida.
Isteri Fattah Amin

Artikel lain: Hensem luar biasa! Peminat puji wajah Fattah Amin mirip Jungkook BTS
Berat saingan kita wahai wanita!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat dua beranak tersebut malah, golongan wanita terpaksa bersaing dengan usahawan tersebut untuk mendapatkan hati Fattah Amin.

Kerja keras semua, ada Fattah yang perlu dihalalkan!

Sekadar info, Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di Shah Alam, Selangor selepas lebih tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Isteri Fattah Amin

Sumber: TikTok @Cik B




