Pelakon jelita, Uqasha Senrose menitipkan pesanan khususnya kepada para suami untuk menghargai pengorbanan seorang isteri membesarkan anak-anak.
Isteri kepada aktor, Kamal Adli berkongsi kenyataannya itu menerusi sebuah perkongsian di Instagram sempena genap enam bulan usia anak sulungnya, Hawra Uqaira.
“Kepada suami-suami, hargailah isteri anda. Besar pengorbanan isteri yang membesarkan anak tanpa pertolongan sesiapa. Tak cukup tidur, yang basuh, lipat dan susun baju anak, basuh botol, buat susu anak..
“Tidur sampai nak patah pinggang, nak makan pun hanya untuk alas perut, nak pergi tandas pun kena pegang anak kalau letak menangis, nak mandi pun tak sempat takut anak menangis.
“Yang ada pembantu itu Alhamdulillah, yang mengasuh sendiri itu ingatlah sangat besar pahalanya,” tulisnya.

Sementara itu, Uqasha turut mengimbau kembali kenangan ketika melalui tempoh mengandung selama sembilan bulan, melahirkan dan juga berpantang serta menitipkan doa kepada puterinya, Hawra agar sentiasa dibawah perlindungan Yang Maha Esa.


Sebelum ini, timbul khabar angin mendakwa rumah tangga pasangan selebriti ini sedang bergolak, namun Uqasha dan Kamal menafikan dakwaan itu.
Sekadar info, Uqasha dan Kamal mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Hawra Uqaira yang baru dilahirkan pada April lalu.
Artikel Berkaitan: Uqasha Senrose Kesal Terpalit Dakwaan Rumah Tangga Bergolak – “Biar Orang Buat Kita, Allah Maha Adil”
Artikel Berkaitan:
Artikel Berkaitan: Berang Difitnah, Uqasha Senrose ‘Londehkan’ Pembantu Peribadi – “Masuk Bilik Sesuka Hati, Pakai Baju Tidur Orang”



