“Sekufu Atau Tidak, Itu Nombor 2… Kita Lebih Kaya, Suami Tetap Atas Kita” – Fasha Sandha

“Sekufu Atau Tidak, Itu Nombor 2… Kita Lebih Kaya, Suami Tetap Atas Kita” – Fasha Sandha

Pelakon versatile yang juga pemenang kategori Aktres Filem Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 36) Ke-36, Fasha Sandha tidak memandang bahawa kedudukan sama taraf atau sekufu bukanlah menjadi kayu pengukur terhadap kebahagaian seseorang.

Katanya ketika ditemui XTRA, apa yang paling penting adalah sentiasa saling hormat menghormati antara pasangan.

Dan, sebagai isteri dan ibu, suami sentiasa menjadi keutamaannya.

“Saya tak tahu sebab pada saya lah… sekufu atau tidak sebenarnya nombor dua. Apabila kita menjadi isteri kita adalah dibawah suami kita. walaupun kita lebih kaya atau successful suami tetap atas kita. Itu untuk saya. saya akan pastikan Aidil adalah suami saya dan saya menghormati dia.

“Tak dinafikan, perkahwinan adakalanya macam tak sependapat. Lelaki dan perempuan kan tak sama. tapi dengan Aidil, saya selalu bila beri pendapat itu mana yang baik kita ambil begitu juga sebaliknya. Bersama-sama.

“Nak kata saya sempurna tidak tapi saya buat yang terbaik untuk anak-anak kami bersama,” ulasnya.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai keadaan yang menimpa rakannya yang juga aktres dan aktor  popular, Fazura dan Fattah Amin, Fasha berkata, dia mendoakan yang terbaik buat keluarga tersebut sekaligus percaya bahawa pelantun lagu Hancur itu kuat dalam menghadapi dugaan yang menimpa.

“Kita tak tahu mungkin perkara yang berlaku sekarang ini akan membuatkan mereka rapat satu hari nanti. Kita tak tahu, sama-sama kita doakan.

“Cuma itulah saya terkejut dengan apa yang terjadi. Sebagai seorang rakan, saya rasa Fazura seorang wanita yang kuat dan saya yakin dia akan tetap kuat  walaupun dia dikecam kerana dia merupakan seorang ibu.

“Seorang ibu selalunya mempunyai satu kekuatan yang luar biasa. Dan saya yakin dia kuat dengan apa yang terjadi.

“Saya juga tetap akan mendoakan yang terbaik buat Fazura, Fattah dan Fatima kerana saya tahu mereka semua orang yang baik,” katanya.

Fasha berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui usai sidang media malam kemuncak ABPBH 36 pada Jumaat lalu.

Sedar ramai pihak yang mengecam tindakan Fazura sehingga wujudnya kelompok individu yang menyokong Fattah, Fasha menegaskan adalah lebih baik netizen memberikan mereka ruang untuk bertenang dan tidak terlalu mengecam pasangan tersebut.

“Setiap orang kadang-kadang kita tak tahu apa yang dia lalui atau apa yang difikiran jadi, apa yang kita patut buat janganlah terlalu mengecam kerana kita tak tahu suatu hari nanti family kita yang akan lalui benda yang sama dan masa tu apa perasaan kita.

“Sebaiknya, apa yang dilakukan itu jangan keterlaluan dan berikan mereka ruang supaya mereka tenang.

“Sebagai seorang ibu, saya sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk Fazura. Saya tidak memandang rendah atau mengecam tindakannya sebab saya yakin setiap apa yang jadi pasti ada hikmahnya. Saya selalu memandang positif,” jelasnya.

Selain itu, Fasha atau nama penuhnya, Nur Fasha Sandha Hassan, 40, menjelaskan bahawa perceraian yang berlaku dalam kalangan selebriti ini menjadi bahan cerita dek kerana golongan tersebut adalah ‘public figure’.

Namun, dia berharap perkahwinan yang dianggapnya sebagai satu pinjaman ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

“Sebenarnya bukan selebriti je, semua orang sebenarnya cuma selebriti ni orang pandang. sebab dia public figure. Orang ramai pun ada yang berpisah juga tapi cuma selebriti ni menjadi bahan berita.

“Macam saya sendiri, saya menganggap perkahwinan ini satu pinjaman buat saya, yang saya tak tahu pinjaman ini sampai bila.

“Tapi, diwaktu yang sama saya nak pinjaman ini berkekalan ke akhir hayat. Tapi kalau pinjaman ini sementara… apa yang boleh kita buat. Itu semua dah ditakdirkan yang penting kita buat yang terbaik.

” Cuma sebagai orang luar, kita tak boleh judge apa yang berlaku dalam satu perhubungan itu. Tak sewajarnya kita memberikan pendapat atau berkata yang tidak baik.  Kita cakap baik-baik je pasal orang supaya orang pun akan cakap yang baik sahaja pasal kita,” ujarnya.

Scroll to Top