Cef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob mengesahkan rumah tangganya bersama bekas isteri, Azrene Soraya Abdul Aziz sudah bercerai selepas 18 tahun membina mahligai cinta.
Menerusi laporan media yang dikongsikan kepada XTRA, difahamkan pasangan ini berpisah sejak beberapa bulan yang lalu, selepas Fazley memfailkan perceraian terhadap bekas isterinya.
Malah, bekas isterinya Azrene juga sudah selesai menjalani tempoh idah.
Menurut pelantun lagu ‘Asmara Ini’ itu, keputusan untuk bercerai telah diambil atas persetujuan bersama.
Meskipun sudah bercerai, namun Fazley dan bekas isterinya masih mengekalkam hubungan yang baik seperti awal perkenalan merek.
Bagaimanapun, punca perceraian mereka tidak didedahkan.
Sementara itu, keempat-empat anak pasangan tersebut kini di bawah hak jagaan bersama.
“Semoga dengan adanya pengumuman ini, tidak akan ada lagi kekeliruan tentang hubungan
kami berdua selepas ini,” jelasnya.
Fazley dan Azrene mendirikan rumah tangga pada 2007.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 15, Ahmad Fieradz Shah, 14, dan Ahmad Fierudz Shah 13 dan seorang anak perempuan, Alayna Selma 7.
Artikel Berkaitan:




