Oh! Tidak
Pagi Sore Kemang jelaskan mereka tiada kaitan dengan kontroversi layanan pelanggan di PIK, Indonesia.
Isu melibatkan pelancong Malaysia di restoran nasi padang terkenal di Indonesia, Pagi Sore baru-baru ini memang hangat diperkatakan netizen. Ramai mula mempersoalkan layanan yang diberikan selepas video berkaitan kejadian itu tular di media sosial.
Disebabkan isu itu semakin kecoh dan orang mula memboikot, pihak Pagi Sore Kemang (Hijau) akhirnya tampil memberikan penjelasan rasmi. Mereka mahu orang ramai faham bahawa restoran mereka sebenarnya tidak mempunyai kaitan dengan cawangan yang terlibat dalam kontroversi tersebut.
Pagi Sore Kemang (hijau) tegaskan mereka entiti berbeza

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, pihak Pagi Sore Kemang (Hijau) menjelaskan mereka merupakan entiti perniagaan yang berdiri sendiri dan beroperasi secara berasingan daripada Pagi Sore Merah di kawasan PIK.
Walaupun nama restoran hampir sama, pengurusan kedua-dua premis itu sebenarnya berbeza sepenuhnya. Sebab itu mereka berharap orang ramai tidak terus menyamakan semua cawangan dengan isu yang sedang tular sekarang.
Kami menghargai setiap masukan daripada pelanggan, termasuk daripada pelancong luar negara, sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk terus berkembang dan meningkatkan kualiti layanan.- Katanya.
Mereka juga memberi jaminan akan terus menjaga standard layanan, kualiti makanan dan keselesaan pelanggan yang datang ke premis mereka.
Pelanggan diminta tidak keliru

Susulan isu ini, pelanggan yang bercadang melancong ke Jakarta juga dinasihatkan supaya memahami perbezaan antara kedua-dua entiti restoran tersebut bagi mengelakkan kekeliruan.
Pihak Pagi Sore Kemang (Hijau) turut menghargai segala sokongan dan maklum balas pelanggan demi memastikan layanan dan hospitaliti terbaik dapat terus diberikan.
Pssttt! Bila sesuatu isu tengah viral, memang mudah untuk orang terus menghukum tanpa tahu cerita sebenar. Jadi sebelum korang terus buat andaian, pastikan semak dulu fakta dan faham betul-betul siapa yang sebenarnya terlibat.
Kredit: Instagram Pagi Sore Kemang
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




