LATEST
National

Abby, tiga anak kembali ukhwah

Abby, tiga anak kembali ukhwah

KUALA LUMPUR: Air mata mengiringi pertemuan penuh emosi antara Abby Abadi bersama tiga anaknya, iaitu Danish Hakim, Marissa Dania dan Maria Danisha yang membuat kejutan hari lahir buat ‘syurga’ mereka, semalam.

Baca juga: Bekalan elektrik terputus: Armizan gesa pembinaan Fasa 1B Southern Link disegerakan

Menerusi video dikongsi Abby di Instagram (IG), anak-anaknya dilihat menitiskan air mata sambil memelut erat dirinya yang dilihat mengucup mereka berkali-kali.

Abby yang terharu dengan kejutan itu turut membalas pelukan anak-anaknya, lantas menyentuh perasaan warga maya.

Detik itu mengundang perhatian ramai, lebih-lebih lagi apabila Abby sebelum ini terbuka berkongsi mengenai kemelut hubungan dengan anak-anaknya.

Menerusi kapsyen, Abby meluahkan rasa syukur kerana masih diberi kesempatan untuk menikmati kasih sayang tiga permata hatinya.

“Tiga buah hati, tiga anugerah terindah. Terima kasih untuk kasih sayang ini.

“Untuk anak-anak Mama, Alhamdulillah segala lelah menjadi bahagia, segala pengorbanan menjadi cinta.

“Semoga ALLAH SWT izinkan kita bersama, bukan hanya di dunia, tetapi hingga hujung nyawa.

“Abang, Adik, Baby adalah cinta yang tidak pernah Mama minta dibalas, pengorbanan yang tidak pernah Mama sesali dan doa yang tidak pernah berhenti Mama titipkan kepada Allah SWT.

“Semoga syurga menjadi tempat kita bersama selamanya,” tulisnya.

Perkongsian itu dibanjiri komen warga maya yang rata-rata tersentuh melihat ukwah keluarga itu yang kembali terjalin, selain bersyukur melihat Abby dapat meluangkan masa bersama anak-anaknya.

Ada juga yang mengakui tidak dapat menahan air mata selepas melihat video berkenaan, selain mendoakan hubungan ibu dan anak itu terus erat serta berkekalan.

Antara yang turut meninggalkan komen ialah pelakon, Salina Saibi, yang meluahkan rasa syukur melihat perkembangan menggembirakan itu.

Pada 17 September lalu, sempena ulang tahun kelahiran ke-18 anak bongsunya, Maria Danisha, Abby memuat naik ucapan yang mengundang perhatian ramai.

Antara luahan paling menyentuh perasaan ialah pesanan supaya anak-anak tidak perlu datang sekiranya dia jatuh sakit atau meninggal dunia.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More in National

View all

Latest news