LATEST

Shuhaily kembali ke Bukit Aman

Shuhaily kembali ke Bukit Aman

Kuala Lumpur: Satu arahan pertukaran membabitkan Ketua Pengarah, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, telah dikeluarkan.

Baca juga: Tiga Anak Kapten Akhmal Asyraf Dalam Perjalanan Ke Oman Untuk Beri Penghormatan Terakhir

Menerusi arahan yang ditandatangai oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah itu akan bertukar ke jawatan Komisioner Urus Setia Ketua Polis Negara (Perancangan Strategik Perhubungan Antarabangsa) Urus Setia Pejabat KPN.

Arahan itu berkuatkuasa pada 24 November lalu.

Wartawan NSTP telah menghubungi Mohd Shuhaily bagi mendapatkan pengesahan namun beliau enggan mengulas lanjut.

Usaha mendapatkan maklum balas daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Mohd Khalid juga telah dibuat namun tiada pengesahan rasmi diberikan setakat ini.

Berita lanjut menyusul

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news