LATEST

Status masih bercuti?: Anthony enggan ulas isu peletakan jawatan menteri

Status masih bercuti?: Anthony enggan ulas isu peletakan jawatan menteri

GEORGE TOWN – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke masih enggan mengulas mengenai isu peletakan jawatannya dan permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar beliau menyambung tugas sebagai Menteri Pengangkutan secepat mungkin.Beliau sebaliknya menegaskan hanya akan memberi tumpuan kepada isu berkaitan Pulau Pinang.”Saya sudah katakan hari ini saya fokus hanya kepada isu Pulau Pinang.”Tak apa, tak apa. Saya (hari ini) ulas (pasal) Pulau Pinang saja. Terima kasih,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Konvensyen Tahunan DAP Pulau Pinang 2026 di sini pada Ahad.Terdahulu, Anwar dilaporkan berkata, beliau mengakui sukar menerima cadangan peletakan jawatan itu meskipun menghormati alasan yang dikemukakan pemimpin itu.Katanya, alasan peribadi tidak seharusnya mengatasi tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara, khususnya apabila menerajui kementerian yang besar serta strategik.Sebelum ini, Anthony mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan pada 10 November lalu susulan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International di bawah tahanan rumahSementara itu, Pengerusi DAP Pulau Pinang, Steven Sim turut memuji tindakan Anthony itu dengan menyifatkannya sebagai satu tindakan berani.Dalam ucapannya, Steven berkata, ahli DAP Pulau Pinang turut berbangga dengan tindakan Anthony yang sanggup melepaskan jawatan menteri demi mempertahankan prinsip.”Anthony disifatkan sebagai pemimpin yang menunjukkan keberanian mempertahankan prinsip dan kebenaran sekali gus menjadi kebanggaan anggota parti.”DAP Pulau Pinang bangga menjadi sebahagian daripada parti yang berpegang kepada prinsip. Anthony telah menunjukkan perkara itu,” katanya.

Latest news