LATEST

Gimenez serah nasib kepada pengurusan NSFC

Gimenez serah nasib kepada pengurusan NSFC

sukan@hmetro.com.my

Baca juga: ‘Hati Nana belum terbuka’

Seremban: Ketua jurulatih Negeri Sembilan FC (NSFC) Daniel Gimenez Alcaniz memberi bayangan untuk menyerahkan kedudukannya kepada pihak pengurusan kelab berkenaan.

Ia susulan rentetan keputusan yang kurang memberangsangkan dicapai skuad kendaliannya sejak mula memikul tanggungjawab itu pada 26 Jun lalu.

Pengendali berasal dari Sepanyol berusia 42 tahun itu mengakui keputusan dicapai skuad Hobin Jang Hobin dalam saingan Liga Super setakat ini tidak seperti mana yang beliau mahukan, selepas hanya sekadar mencatatkan satu kemenangan percuma, dua keputusan seri dan lima kekalahan daripada lapan perlawanan yang diharungi.

Dalam perlawanan Liga Super terbaharu semalam, Negeri Sembilan tewas kepada Terengganu FC (TFC), 1-2, dalam pertembungan yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

“Pada akhirnya, sudah tentu ini salah saya. Itulah realitinya. Saya jurulatihnya, saya bertanggungjawab atas segala yang baik mahupun yang buruk.

“Saya serahkan (kedudukan ketua jurulatih) kepada pihak pengurusan kelab menilainya,” kata Gimenez kepada pemberita selepas perlawanan di Paroi, malam tadi.

Gimenez diberikan tugas membimbing Negeri Sembilan bagi mengharungi Liga Super musim 2026/27 menggantikan Nidzam Jamil yang meletak jawatan pada Februari 2026.

Pasukannya itu kini berdepan tekanan akibat rentetan kekalahan termasuk dikecewakan Kuching City FC, 0-2, di Paroi, pada 20 November lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news