mohamadridzuan@hmetro.com.my
Baca juga: Dua sahabat cipta rekod catur di puncak Gunung Chimborazo
Petaling Jaya: Penyanyi Amira Othman mendedahkan perjalanan bagi proses melahirkan anak sulungnya, Jarir Umar bukan mudah kerana dibuai emosi yang kurang stabil.
Ia berikutan komen-komen tidak bertanggungjawab segelintir pihak terhadap kandungannya ketika itu.
“Saya tak pasti anda semua baca atau tidak. Namun ada ayat-ayat yang tidak berapa baik mendoakan anak saya. Saya rasa benda itu tak sepatutnya berlaku.
“Melampau-lampaulah mereka doakan anak saya sedangkan dia tak bersalah. Dia dalam perut lagi sudah cakap bukan-bukan. Tapi doa yang tidak baik tidak akan terkabul pun, tapi pada saya kena jagalah kan!
“Kadang kala saya tengok yang bercakap ini mak orang, ada anak. Macam mana boleh berani cakap benda-benda macam itu? Kita pun ada anak, ada keturunan kan,” katanya.
Amira berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu terbaharunya berjudul Jarir Umar di Ara Damansara, di sini, baru-baru ini.
Menurutnya, kadang kala dia terfikir bagaimana seorang ibu tergamak bercakap tentang anaknya.
“Mudah-mudahan Allah bagi mereka bahagia supaya mereka tidak merasa iri hati melihat kebahagiaan orang lain dan tidak cakap benda yang bukan-bukan.
“Hidup kita lain, takdir kita lain. Kalau tak ada benda baik nak cakap, tak payahlah cakap. Kasihan, esok, lusa anak kita boleh baca benda-benda (tidak elok) itu.
“Jadi saya hanya mampu berdoa, saya tak boleh nak kawal mulut-mulut orang. Yang penting saya pun tak berbuat jahat kepada orang-orang yang cakap dekat saya.
“Malah saya tak kenal pun dia siapa. Mungkin dia (guna) fake account, mungkin dia real. Jadi saya serah pada Allah, mudah-mudahanlindungilah anak-anak kita semua,” katanya.
Isteri kepada pelakon Fattah Amin ini berkata, jika individu terbabit marah kepadanya sekali pun, jangan sehingga membabitkan anaknya.
“Budak (Jarir) itu tak berdosa pun. Waktu itu dia dalam perut, tak lahir lagi, orang Islam tak sepatutnya cakap benda-benda macam itu.
“Kalau kita percaya kat qada dan qadar, kita takut dengan balasan Allah, kita tak tergamak pun nak cakap sekalipun kita guna fake account.
“Saya tak nak layan sebab saya harus teruskan hidup. Saya kena fokus benda-benda lain, saya tak nak layan supaya ia mendatangkan ketenangan untuk saya,” katanya.
Untuk rekod, Amira dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 14 September 2025. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata pertama mereka, Jarir Umar pada 23 Jun lalu.
© New Straits Times Press (M) Bhd