Netizen selar penampilan seksi Elisya Sandha, tayang guna produk boikot?

Netizen selar penampilan seksi Elisya Sandha, tayang guna produk boikot?

Penampilan seksi Elisya Sandha sambil menggunakan produk didakwa dalam senarai boikot telah menjadi bualan hangat warganet di media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Elisya atau nama lengkapnya Nur Elisya Sandha Hassan di laman Instagramnya, dapat dilihat dia mengenakan gaun berwarna hitam yang mendedahkan bahagian sebelah bahunya.

Instagram will load in the frontend.

Dalam perkongsian itu juga, adik kepada selebriti terkenal, Fasha Sandha ini turut memakai gincu daripada produk boikot telah undang rasa tidak puas hati ramai.

Artikel lain: Netizen sakit mata lihat penampilan seksi Eyka Farhana -“Macam sia2 pergi umrah”

Penampilan seksi Elisya Sandha

Penampilan seksi Elisya Sandha

Penampilan seksi Elisya Sandha

Netizen kecewa dengan Elisya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dengan tindakan pelakon drama Aku Yang Merinduimu ini yang seolah-olah tidak sensitif terhadap apa yang berlaku di Palestin.

Malah, ramai yang selar penampilan mencolok mata yang dikatakan tidak sesuai digayakan memandangkan dia adalah seorang wanita beragama Islam.

Semoga diberikan hidayah menutup aurat

Dalam pada itu, ada juga individu yang mendoakan agar Elisya mendapat hidayah dalam menutup aurat dengan lebih sempurna kelak.

Sumber: Instagram @Elisya Sandha

Scroll to Top