London: Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) mengumumkan kini sedang menjalankan penyiasatan terhadap salah satu pasukan benua apabila menggunakan bingkai basikal yang tidak diluluskan dari China.
Pasukan British, Saint Piran dilaporkan menggunakan bingkai itu dari musim 2022 dan kini akan disiasat dan mungkin dikenakan hukuman berat.
Saint Piran adalah satu-satunya pasukan benua Britain yang masih bertahan dan denda yang berat akan merumitkan lagi sumber kewangan pasukan British itu.
“UCI mengesahkan bahawa penyiasatan sedang dijalankan berhubung penggunaan rangka set yang tidak dibenarkan UCI oleh pasukan benua Saint Piran yang menyertai kalendar Antarabangsa UCI,” kata jurucakap UCI.
“Memandangkan siasatan sedang berjalan, UCI akan mengelak daripada membuat sebarang ulasan lanjut pada masa ini.”
UCI mempunyai peraturan ketat mengenai proses kelulusannya untuk bingkai dan penggunaan label pematuhan.
Peraturan jelas menyatakan bahawa “pemasangan label bingkai dan UCI oleh individu persendirian adalah dilarang” dan bahawa label mesti “nampak, tidak boleh dihapuskan dan tidak boleh dipisahkan dari bingkai.”
© New Straits Times Press (M) Bhd




