Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menepis dakwaan dirinya mengalami masalah kesihatan lelaki sehingga memusnahkan rumah tangga dengan bekas isteri, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz.
Memetik laporan Gempak, Fazley bagaimanapun tidak berkecil hati apabila ramai yang menghantar kiriman mesej di Instagram bertanya mengenai isu yang dianggap satu kenyataan yang tidak masul akal.
“Kenyataan itu kelakar sebenarnya. Semasa saya umumkan hari penceraian saya, ramai yang menghantar DM mengenai perkara ini.
“Tapi jujur saya katakan, ia langsung tidak membuatkan saya terasa hati malah saya tergelak sebab kelakar.
“Jadi perkongsian kenyataan media sosial yang mengatakan saya bercerai sebab alat sulit saya tidak berfungsi itu langsung tak betul,” katanya.
Malah, Fazley yang sudah lama menjadi duta klinik kesihatan lelaki itu turut mendedahkan bekas isterinya itu pernah mengalami keguguran sebanyak 13 kali.
“Azrene juga waktu itu pernah alami keguguran 13 kali, namun saya tetap dikurniakan empat orang anak. Mana tak sihatnya?,” ujarnya.
Dalam pada itu, Fazley memilih untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap tuduhan individu menyebarkan dakwaan tersebut menerusi platform TikTok yang memaparkan voice note bertajuk ‘Alat Sulit Datuk Fazley Terkulai… Punca Isterinya Minta Cerai’.
“Ada orang nasihat dan tanya saya, ‘Fazley, tak nak saman ke perkara-perkara sebegini?’ Bagi saya, saman-menyaman ini dari dulu saya sudah buat, jadi biarlah. Saya maafkan mereka,” katanya.
Pada Selasa lalu, Fazley mengesahkan rumah tangganya bersama bekas isteri, Azrene Soraya Abdul Aziz sudah bercerai selepas 18 tahun membina mahligai cinta.
Fazley dan Azrene mendirikan rumah tangga pada 2007.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 15, Ahmad Fieradz Shah, 14, dan Ahmad Fierudz Shah 13 dan seorang anak perempuan, Alayna Selma 7.
Artikel Berkaitan: Rumah Tangga 18 Tahun Terlerai… Fazley Yaakob Sah Bercerai, Bekas Isteri Tamat Jalani Tempoh Idah
Sumber: Astro Gempak




