Tunang Sangkut Ujian Air Kencing, Wanita Ini Terpaksa Buat Keputusan Besar Sebelum Hari Bahagia! | Oh! Media

Tunang Sangkut Ujian Air Kencing, Wanita Ini Terpaksa Buat Keputusan Besar Sebelum Hari Bahagia! | Oh! Media

Bakal pengantin biasanya teruja menanti detik menjadi raja sehari namun lain pula ceritanya bagi seorang wanita ini yang terpaksa berdepan dengan ujian besar sebelum hari bahagianya.

Tanpa disangka-sangka, tunangnya ditahan pihak berkuasa selepas gagal ujian air kencing yang menunjukkan penyalahgunaan dadah.

Wanita tersebut meluahkan perasaannya di media sosial, menggambarkan tekanan dan kesedihannya apabila mengetahui hal itu.

Saya rasa sesak sangat, tak boleh nak buat apa pun. Stres! Tunang saya dah beberapa hari kena tangkap sebab sangkut ujian air kencing.

Saya betul-betul tak sangka dia boleh jadi macam tu sebab selama berapa tahun dengan dia, tak pernah pun dia tunjukkan perangai yang pelik-pelik.- Luahnya.

Dia tidak mendedahkan sebab sebenar tunangnya ditahan polis, namun situasi ini membuatkan dia terpaksa memikirkan semula rancangan perkahwinan mereka yang telah dirancang sejak sekian lama.

Persiapan majlis pada Januari tahun depan sudah hampir 70% siap…

Buntu dan serabut dengan apa yang berlaku, wanita ini mengakui dia terfikir untuk membatalkan saja perkahwinan tersebut. Namun, nasihat ibunya menyuruhnya untuk menunggu sehingga tunangnya keluar dan membincangkan perkara ini dengan lebih teliti.

“Tunggu Atau Putus?”- Netizen bersuara…

Rata-rata netizen turut bersimpati dengan dilema yang dihadapi oleh wanita tersebut dan meninggalkan pelbagai nasihat di ruangan komen.

Apabila dah ada sejarah penyalahgunaan dadah, susah nak kembali seperti biasa. Patut fikirkan diri sendiri dulu. Jangan teragak-agak untuk tarik diri kalau benda ni boleh bahayakan masa depan korang.- Kata seorang pengguna.

Kalau dia dah buat sekarang, tak mustahil dia akan ulang balik. Jangan risikokan kebahagiaan sendiri. Pilih untuk teruskan hidup korang dengan tenang tanpa bebanan.- Komen seorang lagi.

Namun, ada juga yang berpendapat bahawa manusia boleh berubah jika diberi peluang dan sokongan yang betul. Bagaimanapun, keputusan akhir masih di tangan wanita tersebut.

Perkahwinan adalah keputusan besar yang akan memberi kesan kepada hidup kita. Jika ada tanda-tanda yang menunjukkan pasangan mungkin membawa masalah di masa depan, jangan takut untuk membuat keputusan demi kebaikan diri sendiri.

Walaupun sukar, keberanian untuk menjaga kebahagiaan dan keselamatan diri sendiri adalah yang paling penting. Jangan takut untuk tarik diri jika perlu dan teruskan langkah dengan yakin demi masa depan yang lebih cerah!


Scroll to Top