‘Prank’ Bawa ‘Pucuk Muda’ Balik Rumah, Isteri Tak Sempat Buka Selipar Mengamuk Baling Helmet | Oh! Media

‘Prank’ Bawa ‘Pucuk Muda’ Balik Rumah, Isteri Tak Sempat Buka Selipar Mengamuk Baling Helmet | Oh! Media

Tular di aplikasi TikTok, video ‘prank’ hari jadi yang dibuat sebuah keluarga kepada seorang wanita dipercayai ibu mereka.

Dalam rakaman tular, wanita berkenaan dilihat segera pulang ke rumah selepas menerima gambar kononnya suami membawa ‘pucuk muda’ pulang ke rumah.

prank

Setibanya di hadapan rumah, dia mendapati terdapat kasut seorang perempuan yang tidak dikenali. Dia membuka pintu dan terus meluru memeriksa bilik tidur utama. Kasut pun tak sempat buka!

Namun, sebaik sahaja dia masuk, wanita tersebut disambut dengan nyanyian ‘Happy Birthday’ dan sebuah kek daripada suami serta beberapa individu lain yang berada di bilik tersebut.

prank

Dalam keadaan yang masih beremosi, wanita tersebut melempar topi keledar dan meluahkan rasa marah kerana ‘diperbodohkan’.

Dia turut memberi amaran kepada suami supaya tidak sesekali berlaku curang di belakangnya. Wanita tersebut mahu keluar daripada rumah namun dipujuk anak-anak yang turut sepakat membuat kejutan itu.

prank

Selepas dipujuk, barulah wanita tersebut kembali tenang dan memotong kek sambil menitiskan air mata. Suaminya kemudian memeluknya dan memberikan sejambak bunga sambil mengucapkan selamat hari lahir.

Video tular:

#OhmediaNasihat

Setiap kejutan atau prank perlu ada batasnya, terutamanya jika melibatkan kepercayaan dan perasaan pasangan. Benda yang nampak menyeronokkan pada mata kita, mungkin menyakitkan pada hati orang lain.

Jadi, kalau korang nak buat kejutan, pastikan ia bukan sesuatu yang boleh melukakan hati pasangan. Hormati perasaan dan elakkan daripada menguji kesetiaan dengan cara yang salah.


Scroll to Top