Pelakon dan atlet sukan ekstrem, Mat Redho atau nama sebenarnya Mohd Redha Rozlan telah dilanda kebimbangan apabila anak lelakinya, Haq Medin, yang berusia tujuh tahun barupbaru ini dilaporkan hilang.
Menerusi hantaran di Instagramnya, Mat Redho telah memohon bantuan orang ramai untuk menjejak anaknya.
Ketika kejadian, Haq Medin dilaporkan memakai baju berwarna kuning, seluar biru, kasut hitam, dan membawa beg hijau.
Mat Redho turut memohon doa agar urusan pencarian ini dipermudahkan dan berharap anaknya segera ditemui.
Bantu semua untuk kongsi. Semoga dipermudahkan urusan.
Ya Allah, peliharalah keluarga kami.

Terbaharu isteri kepada atlet tersebut melaporkan anak mereka telah dijumpai selamat. Dia juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai atas bantuan yang diberikan.



