Adik kepada Neelofa iaitu Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan mengakui yang dirinya masih belum ada hubungan cinta yang serius.
BACA: Ameera Khan Mengaku Masih Single, Dengar Nasihat Ibu Perlu Ada 8 Boyfriend
Menurut laporan Astro Gempak, Ameera berkata yang dia telah berkawan dengan ramai lelaki sebelum membuat pilihan untuk menjadi pasangannya dan perkara ini dikongsikannya menerusi Tiktok.
Sudah tentu, saya masih muda. saya baru 23 tahun. Saya tak boleh hanya jumpa seorang lelaki dan terus ‘he is the one’. Tidak, anda kena jumpa beberapa lelaki dan okay, yang ini ada potensi, yang ini boleh jadi kawan.
Yang seorang itu mungkin tak boleh pakai langsung. Ada ya, ramai dari jantan (lelaki) yang ada potensi. Dia tak buat apa, zero effort. Itu yang tak boleh pakai.
Bukan tu jer, adik kepada Neelofa itu juga mendedahkan yang lelaki berasal dari Indonesia mempunyai personaliti yang lembut apabila berbicara dan buatkan dia lebih tertarik.
Mungkin jodoh kami orang Indonesia atau pun egypt, atau pun Malaysia. Orang Indonesia baik-baik, orang Malaysia baik-baik juga, kenal ramai dah orang dari Malaysia.
Kalau Malaysia, dari pengalaman saya, saya tak bercakap secara umum, dari pengalaman saya. Bila mereka penyayang, melindungi dan semuanya, jadi toksik. Tapi Indonesia best.
Ameera juga berkata yang dia ‘cair’ apabila lelaki Indonesia memanggilnya dengan panggilan ‘cinta’.
Saya tak tahu, mereka sangat menghormati, sangat penyayang… sebagai contoh, bercinta dengan Malaysia sweet juga ‘my love, baby, sayang’. Tapi kalau Indonesia, mereka macam ‘hi cinta, buat apa cinta hatiku’.
Oh my god, saya sangat menyukainya. Saya suka macam itu.





