Pelakon, Sharnaaz Ahmad mendedahkan putera sulungnya, Jebat Jayden merupakan punca dirinya membuat keputusan untuk menjadi pemilik kelab bola sepak Carabat FC.
Menerusi temu bual bersama Astro Arena, Sharnaaz berkata Jebat amat meminati sukan bola sepak serta mengagumi bintang terkenal, Christiano Ronaldo.
“Perkara yang betul-betul menjentik hati saya untuk tubuhkan sebuah kelab bola sepak adalah anak saya, Jebat Jayden.
“Saya nampak yang dia betul-betul minat Cristiano Ronaldo, nasib baik dia tak minta tukar nama dia jadi Jebat Ronaldo ja.
“Alhamdulillah, setakat ini dia memang minat bahkan dia yang lebih terjerit-jerit di tepi padang berbanding saya,” katanya.

Sebelum ini, pasukan bola sepak Carabat FC memaklumkan pasukan mereka kita dikendalikan oleh aktor filem Polis Evo 3 bagi merealisasikan visi dan misi sepanjang mereka bersaing dalam Liga Super FAS.
Sumber: Astro Arena




