Pelawak Shuib bersama Mamat dan Fizie mengundang kritikan hebat gara-gara menjemput bekas banduan kes pembunuhan kerat lapan, Khairul Anuar Zakaria atau lebih dikenali sebagai Abah Hayat, untuk menjadi tetamu dalam podcast mereka baru-baru ini.
Kehadiran Abah Hayat disahkan sendiri individu tersebut menerusi satu hantaran di akaun TikTok yang mengucapkan terima kasih kerana sudi menjemputnya.
Bagaimanapun, tindakan ini ternyata tidak diterima baik oleh sebahagian warganet yang mempersoalkan kepekaan Shuib dan rakan-rakannya.
Netizen Pertikai Jemput Bekas Banduan
Entahlah. Bak kata Sheriff, ini Malaysia. Apa nak pelik? Perdana Menteri pun masuk penjara. Pelakon lucah pun jadi celebrity media social. Apalah sangat bekas banduan bunuh orang kerat 8. https://t.co/cPcisfeYVH
— Ikhwan (@JatIkhwan) October 22, 2024
Netizen berpendapat langkah memanggil bekas banduan yang terlibat dalam jenayah besar adalah tidak sensitif dan menyinggung perasaan keluarga mangsa.
“Wargamaya Pemaaf & Terlalu Baik” – Kritikan Terhadap Pengguna TikTok

Pengguna di platform X turut mengkritik sesetengah pengguna TikTok yang dikatakan ‘terlalu pemaaf’ dan ‘baik hati’ terhadap individu seperti Abah Hayat.
Mereka melihat perkara ini sebagai satu bentuk normalisasi yang tidak sihat lebih-lebih apabila Abah Hayat pernah memperkenalkan dirinya di bio TikTok sebagai ‘Kes Pembunuhan Kerat 8’.
#OhmediaNasihat
Kes ini adalah peringatan untuk kita semua agar lebih berhati-hati dalam memberi platform kepada individu yang pernah terlibat dalam kes jenayah berat.
Sensitiviti terhadap perasaan keluarga mangsa adalah penting, dan sepatutnya kita lebih peka serta bertimbang rasa sebelum membuat sebarang keputusan.





