Mexico: Lando Norris berkata dia akan melakukan apa yang dia fikir betul ketika pertarungannya dengan Max Verstappen untuk gelaran dunia Formula Satu semakin sengit.
Bercakap kepada pemberita menjelang Grand Prix Mexico Ahad ini, pemandu McLaren itu tetap bertegas dengan mengatakan bahawa dia dilayan dengan tidak adil pada Grand Prix Amerika Syarikat hujung minggu lalu di mana dia dihukum dan dijatuhkan dari kedudukan ketiga ke keempat di belakang juara dunia tiga kali itu.
“Max tidak kisah jika dia menang atau dia di tempat kedua atau ketiga.
“Tugasnya hanyalah untuk menewaskan saya – dan dia melakukannya. Dari sisinya, dia melakukan kerja yang baik.
“Dia akhirnya berada di atas dan saya perlu menewaskannya. Jadi, saya rasa ada beberapa perkara kecil yang boleh saya ubah, tetapi bukan keseluruhan pendekatan saya,” kata Norris.
Verstappen meningkatkan kelebihannya kepada 57 mata di hadapan Norris yang dikenakan penalti kerana melanggar batas litar ketika terpaksa berbuat demikian semasa memintas pemandu Belanda itu.
Dia berkata kedua-duanya mereka tidak bercakap sejak insiden minggu lalu di Texas.
“Dia melakukan apa yang dia rasa betul dan saya melakukan apa yang saya rasa betul.
“Sebagai sebuah pasukan, kami masih tidak setuju dengan penalti itu dan saya rasa majoriti orang yang menonton juga tidak setuju,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd

