Pelawak dan usahawan, Shuib memaklumkan bakal menunaikan ibadah umrah bersama keluarga. Dalam hantaran di Instagram Stories, pelakon berkenaan dilihat memakai jubah dan berkopiah berada di lapangan terbang untuk ke Mekah.
Di kesempatan itu, Shuib memohon maaf jika ada sebarang kekhilafan yang pernah dilakukannya. Kata pelawak ini, dia hanyalah manusia biasa yang tidak lepas daripada melakukan dosa.
Shuib Sepahtu mohon maaf, tak terlepas dari dosa

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad berharap orang ramai dapat mendoakan semoga perjalanan umrah mereka sekeluarga dipermudahkan.

Dalam pada itu, isterinya Watie Hanifiah memaklumkan ini merupakan ibadah umrah pertamanya bersama suami dan anak-anak selepas sah berkahwin setahun lalu.
#OhmediaNasihat:
Mengambil iktibar dari kisah Shuib ini, penting bagi kita sentiasa muhasabah diri dan memohon maaf atas kesilapan yang pernah dilakukan. Perjalanan rohani seperti umrah bukan sahaja satu ibadah, tetapi juga kesempatan untuk memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada Tuhan. Semoga kita semua diberikan peluang untuk menjadi insan yang lebih baik.





