PKR serah notis penamatan keanggotaan Rafizi, Nik Nazmi kepada Speaker

PKR serah notis penamatan keanggotaan Rafizi, Nik Nazmi kepada Speaker

hafizithnin@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerahkan notis kepada Speaker Dewan Rakyat berhubung penamatan keanggotaan susulan pengisytiharan keluar parti membabitkan Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad.

Dalam kenyataan media, PKR memaklumkan notis itu diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat berhubung status dua kerusi Parlimen berkenaan.

Menurut kenyataan itu, parti berpendirian tindakan meninggalkan parti melalui pengisytiharan yang dibuat menyebabkan Perkara 9.1(c) Perlembagaan Parti KEADILAN terpakai.

“KEADILAN juga berpendirian bahawa tindakan berkenaan mempunyai kesan langsung di bawah Perkara 49A(1)(c) Perlembagaan Persekutuan.

“Keputusan mengenai status mereka di bawah Perkara 49A(1)(c) serta tindakan lanjut diserahkan kepada budi bicara Speaker Dewan Rakyat,” menurut kenyataan itu di sini, hari ini.

Terdahulu dilaporkan, Rafizi Nik Nazmi memaklumkan telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Ahli Parlimen Pandan dan Setiawangsa.

Menerusi kenyataan bersama, surat peletakan jawatan itu dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top