Pelakon, Diana Danielle mengejutkan ramai selepas mendedahkan dia bakal memfailkan cerai buat kali kedua terhadap suaminya, aktor sensasi, Farid Kamil.
Diana memaklumkan perkara berkenaan menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya, sebentar tadi.
Dengan ringkas, ibu anak dua ini berkata dia dan Farid sudah berpisah dan akan memfailkan cerai, namun enggan berkongsi butiran lebih lanjut mengenai masalah rumah tangga mereka.
Di ruangan kapsyen, Diana meminta Farid untuk melepaskannya dan menegaskan rujuk bukan untuk semua pasangan.
Terdahulu, Farid dan Diana sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor pada 10 Ogos 2023.
Mereka bagaimanapun sah rujuk semula pada 31 Ogos 2023 ketika masih dalam idah.
Untuk rekod, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.