London: Cristiano Ronaldo baru-baru ini mengakui bahawa persaraan mungkin semakin hampir namun salah seorang rakan sepasukan di Portugal Vitinha, tidak yakin bahawa bekas bintang Manchester United itu akan menggantung kasutnya dalam masa terdekat.
Menurut rakan sepasukannya, Ronaldo akan beraksi di Piala Dunia 2026. Pemain Al-Nassr itu kini berada di penghujung kerjayanya pada usia 39 tahun.
Malah, ada yang berpandangan bahawa dia mungkin bersara lebih awal namun Vitinha, yang kini bermain untuk Paris Saint-Germain, yakin bahawa Ronaldo akan berada di Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat, Mexico, dan Kanada.
“39 tahun dan masih menjadi pemain utama untuk pasukan kebangsaan, saya tidak mempunyai penjelasan untuk perkara itu. Dia sudah menyatakannya, dan saya bayangkan ini kerana profesionalism dalam setiap perkara yang dilakukannya.
“Pagi dan malam, setiap hari sepanjang kerjayanya, ia luar biasa. Saya boleh membayangkan usaha dan pengorbanan yang dia buat. Saya juga rasa itu yang mengekalkannya dalam keadaan ini pada usia 39 tahun.
“Tetapi ya, ia adalah satu keistimewaan untuk saya. Kami dulu kecil, kami mengimpikan untuk beraksi bersamanya suatu hari nanti, dan kini ia menjadi kenyataan.
“Syukurlah saya dapat menikmati beberapa tahun dalam pasukan kebangsaan bersamanya… Sudah tentu, dia akan ada di sana (Piala Dunia 2026)… dia tidak akan menyerah,” kata Vitinha dalam satu temu bual di podcast RMC, Rothen s’enflamme.
Ronaldo sendiri sudah membincangkan tentang kemungkinan persaraannya. Ketika bercakap dengan bekas rakan sepasukan United, Rio Ferdinand, dia menyatakan bahawa masih mempunyai masa dalam sukan ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd
