Kes buli pegawai kadet UPNM: Polis dah ambil keterangan

Kes buli pegawai kadet UPNM: Polis dah ambil keterangan

hafidzul@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Polis sudah mengambil keterangan pelaku yang dipercayai terbabit dalam kejadian buli pegawai kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, rakaman percakapan di ambil lagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, hari ini.

“Polis akan memanggil saksi yang juga rakan sebilik mangsa pada sebelah petang ini.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan,”katanya.

Terdahulu, pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dibuli oleh penuntut senior diminta untuk menggosok baju sebelum ditekap saterika.

Ia berdasarkan laporan polis yang dibuat mangsa berusia 20 tahun, 8.23 malam tadi.

Susulan itu, polis kini memulakan siasatan terhadap kes buli dan dera yang berlaku di UPNM.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, berdasarkan laporan diterima, kejadian dikatakan berlaku 11.45 malam 22 Oktober lalu di bilik asrama UPNM.

Senior tekap seterika selepas minta mangsa gosok baju

Pegawai kadet ditekap seterika berlaku di Akademi Latihan Ketenteraan

‘Saya bagi amaran, jangan tolak ansur budaya buli’ – Anwar

‘Saya sangka kes arwah anak yang terakhir, ia masih berulang’ – Bapa arwah Zulfarhan

Tiada kompromi dalam kes buli, dera pegawai kadet – PAT

Pegawai kadet UPNM cedera dakwa dibuli senior

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top