Akaun Bank Persendirian Dan Syarikat Vivy Yusof Disita Oleh SPRM | Oh! Media

Akaun Bank Persendirian Dan Syarikat Vivy Yusof Disita Oleh SPRM | Oh! Media

Dilaporkan 11 akaun persendirian dan enam akaun di bawah pengasas FashionValet, Vivy Yusof dan Fadzaruddin Shah Anuar bernilai kira-kira RM1.1 juta sudah dibekukan oleh SPRM menerusi ‘Op Favish’.

Beberapa hari lepas SPRM telah menjalankan siasatan berkaitan isu kerugian pelaburan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) serta Permodalan Nasional Bhd (PNB) yang bernilai RM43.9 juta.

SPRM ambil keterangan Vivy Yusof

Menurut sumber Awani, SPRM juga telah merakam beberapa keterangan individu penting yang terdiri daripada pegawai kanan Khazanah, PNB, FashionValet, akauntan, penilai syarikat dan introducer’ (pencadang).

Selain itu, beberapa syarikat seperti  FashionValet Sdn Bhd (FashionValet), Kementerian Kewangan (MOF), Khazanah dan PNB diserbu oleh SPRM bagi memperoleh dokumen berkaitan kewangan yang boleh membantu siasatan.


Scroll to Top