Danny X-Factor Gembira Berkerja Sebagai Pemandu E-Hailing | Oh! Media

Danny X-Factor Gembira Berkerja Sebagai Pemandu E-Hailing | Oh! Media

Pelakon senior, Danny X-Factor mengambil inisiatif untuk bekerja sebagai pemandu e-hailing kerana tidak mahu menjadi beban keluarga dan mengaku lebih gembira.

Menurut Danny, beliau mempunyai wang setiap hari untuk membayar bil apabila bekerja sebagai pemandu e-hailing.

Saya rasa seronok dan berbaloi. Kalau kerja produksi, bayaran memang banyak. Sekali dapat bayaran, terus habis. Kalau buat Grab, hari-hari ada duit untuk bayar semua bil.

Danny lebih memilih bawa Grab

Danny

Saya akan keluar rumah pukul 4 pagi dan pulang sebelum waktu Maghrib. Saya sebenarnya lebih memilih untuk bawa Grab daripada terlibat dalam produksi.

Untuk pengetahuan korang, pelakon berusia 44 tahun itu sudah bekerja sebagai pemandu e-hailing sejak 2017, manakala isterinya seorang kru kabin.

#OhmediaNasihat

Korang boleh jadikan pelakon ini sebagai contoh suami yang bertanggungjawab kerana tidak mahu menyusahkan keluarga dan isteri, seterusnya mencari rezeki halal dengan pelbagai cara.


Scroll to Top