Tanam Hasrat Bersemuka Dengan Siti Nurhaliza, Jejaka Indonesia Sertai Uji Bakat Calpis Soda One In A Million

Tanam Hasrat Bersemuka Dengan Siti Nurhaliza, Jejaka Indonesia Sertai Uji Bakat Calpis Soda One In A Million

Jejaka kelahiran negara jiran, Hadisetiawan yang berasal dari Batam, Indonesia tidak melepaskan peluang menyertai uji bakat Calpis One In A Million (OIAM) di Karnival Jom Heboh, Johor Bahru, hujung minggu lalu.

Sudah menetap di Malaysia sejak tahun 2022, Hadi, 30, yang bekerja sebagai staf restoran di Johor Bahru sangat meminati bidang nyanyian.

Minat menyanyi dari kecil dan selalu memasuki pertandingan nyanyian, Hadi mengetahui mengenai uji bakat ini secara kebetulan apabila terserempak ketika berjalan-jalan di kawasan Jom Heboh.

“Karakter-karakter orang Malaysia yang tidak kurang hebatnya dan saya sebagai orang luar mahu menguji kemampuan dalam diri.

“Walaupun gagal menempatkan diri ke peringkat seterusnya, saya tak menyerah kalah.  Saya tetap bersemangat untuk mencuba dan bercita-cita untuk mencuba nasib melibatkan diri dengan uji bakat di Kuala Lumpur.

“Kata-kata yang saya sentiasa pegang hingga kini kerana mahu terus menjadi penyanyi adalah jangan pantang menyerah, tetap bersemangat dan terus berkarya di dunia muzik,” katanya.

Selain minat menyanyi, Hadi juga menyimpan niat untuk menjadi pelakon.

Jejaka ini akan mempersiapkan kesihatan mental sekiranya terpilih sebagai peserta Calpis Soda OIAM.

Mengidolakan Haji Rhoma Irama dari Indonesia dan Datuk Seri Siti Nurhaliza dari Malaysia, hadi menyukai suara Siti yang lunak.

“Saya meminati dua figura ini. ‘Cengkuk’ nyanyian Siti sangat bagus. Saya juga teringin berduet dengan Siti. Saya sertai uji bakat ini kerana berhasrat mahu berjumpa Siti sekiranya saya berjaya lolos ke peringkat seterusnya.

“Jauh di sudut hati, saya menanam impian untuk berjumpa secara bersemuka dengan Siti kerana dia merupakan idola saya,” katanya lagi.

Butiran Uji Bakat:

Terbuka kepada Semua, Inilah Masa untuk Anda Bersinar!

Calpis Soda One in A Million terbuka kepada semua yang berusia lima belas tahun ke atas dari Malaysia dan negara jiran, menerima penyertaan sama ada secara solo, duo, atau kumpulan!

Penyanyi yang mempunyai lagu ciptaan sendiri amat digalakkan untuk menyertai, selagi mereka tidak terikat dengan sebarang kontrak rakaman.

Uji bakat akan dijalankan secara dalam talian dan bersemuka. Untuk uji bakat dalam talian, peserta boleh memuat naik video nyanyian berdurasi satu minit di TikTok menggunakan tanda pagar #CalpisSodaOIAMTV3 dari 1 hingga 17 November 2024. Uji bakat terbuka pertama telahpun berlangsung selama dua hari di Karnival Jom Heboh di Angsana Mall Johor Bahru pada 2 hingga 3 November 2024 yang lalu.

Uji bakat seterusnya akan diadakan di Sabah dan Pulau Pinang pada hujung minggu ini iaitu pada 9 dan 10 November 2024 (Sabtu dan Ahad), bertempat di Aras 5, Sabah International Convention Centre (SICC), Sabah dan Hotel Atrium, Sunshine Central Penang, Pulau Pinang, bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Manakala minggu berikutnya pula akan berlangsung di Pahang dan Kuala Lumpur. Ini adalah peluang berharga bagi bakat-bakat muda yang bercita-cita tinggi untuk mempamerkan kebolehan mereka dan yang berpotensi menjadi bintang besar dalam Calpis Soda One In A Million.

Fast Lane Eksklusif untuk Peminat Calpis Soda yang Teruja! Dengan pembelian pek promosi eksklusif 10 tin Calpis Soda pada harga RM30 sahaja, peminat dapat menikmati proses uji bakat yang lebih lancar dan cepat — ideal untuk mereka yang bersedia untuk merebut peluang di pentas Calpis Soda One In A Million.

Jadi, tunggu apa lagi? Sertai kami bulan Disember ini di TV3 bersama Calpis Soda One in A Million, dalam pencarian suara bernilai sejuta ringgit Malaysia yang seterusnya.

Scroll to Top