(Video) Lebuhraya KL-Karak Sesak, Treler ATM Bawa Muatan Kereta Perisai Terbalik | Oh! Media

(Video) Lebuhraya KL-Karak Sesak, Treler ATM Bawa Muatan Kereta Perisai Terbalik | Oh! Media

Keadaan trafik di Kilometer (KM) 35.2 arah Barat dari Genting Sempah ke Gombak hari ini bergerak perlahan dan sesak susulan sebuah treler milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terlibat dalam kemalangan.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam kenyataan terbaru di Facebook memaklumkan, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4.48 petang tadi.

Trafik sesak tetapi terkawal

Kredit Foto: Lembaga Lebuhraya Malaysia

LLM melaporkan sehingga jam 6.10 petang tadi, masih berlaku kesesakan di laluan berkenaan namun aliran trafik terkawal. Setakat ini, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.


Scroll to Top