Slavia seri di Arsenal

Slavia seri di Arsenal

LONDON: Slavia Prague mencuri gol di tempat lawan dalam masa tambahan berdepan Arsenal bagi memberikan keputusan seri 1-1 dan kelebihan buat mereka selepas perlawanan pertama suku akhir Liga Europa sebentar tadi.

Pemain gantian, Nicolas Pepe memecah kebuntuan buat Arsenal pada minit ke-86 pada malam yang menyaksikan banyak peluang dilepaskan tuan rumah pada perlawanan pertama itu.

Namun Tomas Holes menanduk masuk gol penyamaan untuk menyukarkan skuad kendalian Mikel Arteta menjelang pertembungan kedua minggu depan di Prague.

“Perlawanan dalam kawalan kami, kami mendapat gol yang kami mahukan, tapi kami menyukarkan diri sendiri,” kata Arteta yang kecewa kepada BT Sport.

“Kami memberikan sepakan sudut, itu meletakkan ramai pemain dalam kotak penalti dan apa sahaja boleh berlaku. Sudah tentu ia mengubah perasaan selepas perlawanan.”

Katanya pemain gantian lewat permainan mengubah saingan tetapi skuadnya gagal mencari kelebihan.

“Mereka adalah lawan yang bagus dan sangat sukar ditentang,” katanya. “Kini kami perlu ke sana dan menang. Kami sudah pernah melakukannya sebelum ini dan kami yakin boleh melakukannya sekali lagi.” – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top