Bekas isteri kepada Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim akhirnya selamat diijab kabulkan dalam satu majlis yang sederhana namun cukup meriah.
Menerusi perkongsian video pendek di TikTok @telurpindangtradisijohor, Ina dan pasangannya yang dikenali sebagai Mohd Khairul Rizal sah bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz sahaja.
Difahamkan, majlis perkahwinan tersebut berlangsung pada Jumaat sekitar jam 9.30 pagi tadi.
“Alhamdulillah, majlis perkahwinan Ina Naim dan Mohd Khairul Rizal. Mohon doakan yang urusan majlis ini dipermudahkan,” tulis pada kapsyen berkenaan.
@telurpindangtradisijohor alhamdullillah 🤲🤲 majlis pernikahan Ina Naim Dan Mohd Khairul Rizal #kotatinggi #nikah #majlis #inanaim #johorean #telurpindang ♬ bunyi asal – 🕊️lirik lagu 🎶Sis Ena 🕊️ – ✍️ lirik lagu Sis Ena 🎶
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet menitipkan ucapan tahniah sekaligus mendoakan agar rumah tangga yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.
@telurpindangtradisijohor majlis pernikahan Ina Naim Dan Mohd Khairul Rizal #telurpindangsedap #jdt #telurpindang #johorean #inanaim #majlis #nikah #kotatinggi ♬ original sound – Telur Pindang Tradisi Johor
@telurpindangtradisijohor mohon doa kan segala urusan majlis pernikahan Ina Naim Dan pasangan nya dipermudahkan 🤲🤲 #telurpindangsedap #jdt #jb #johorean #telurpindang #inanaim #majlis #nikah #kotatinggi ♬ bunyi asal – 🕊️lirik lagu 🎶Sis Ena 🕊️ – ✍️ lirik lagu Sis Ena 🎶
Terdahulu, berita perkahwinan Ina Naim mencetuskan spekulasi dalam kalangan masyarakat apabila dia dikatakan bakal bernikah dengan ahli kumpulan Hijjaz iaitu Isman Nadim Isam selepas kad jemputan perkahwinannya tular di media sosial.
Bagaimanpun, Isman tampil menafikan dakwaan tersebut apabila memaklumkan dia bukanlah individu yang dimaksudkan.
ARTIKEL BERKAITAN:“Tak Boleh Menjanda Lama-Lama” – Mahu Kahwin Kali Kedua, Ina Naim Perlu Figura Suami Bantu Uruskan Anak-Anak
ARTIKEL BERKAITAN:“Nama Calon Suami Dia Adalah Mohd K”- Dakwaan Ina Naim Bakal Berkahwin Awal November Depan Tular
ARTIKEL BERKAITAN:“Propa Semua Tu… Nak Sedap Ayat Bagi Gempak” – Ina Naim
ARTIKEL BERKAITAN:Ahli Kumpulan Hijjaz Nafi Bakal Nikahi Ina Naim
ARTIKEL BERKAITAN:Ahli Kumpulan Hijjaz Nafi Bakal Nikahi Ina Naim




