Anak sulung kepada Ina Naim gagal menahan air mata selepas ibunya sah menjadi isteri kepada pilihan hatinya, Mohd Khairul Rizal Mohd Shukor.
Menerusi sebuah video tular di TikTok, anak sulungnya itu menangis teresak-esak sejurus selepas Ina sah diijabkabulkan.
Berdasarkan satu temu bual, anak sulung Ina meluahkan rasa syukur dan bahagia menerima kehadiran bapa tirinya dalam keluarga mereka.
“Saya bersyukur dan gembira kerana ada orang yang sanggup menerima dan menjaga ibu. Ayah baru juga layan adik-beradik dan ibu dengan baik syukur Alhamdulillah,” katanya.
@lindangimin INA NAIM SELAMAT DIIJAB KABUL…MOGA BAHAGIA DUNIA AKHIRAT #ina #inanaim #fyp
Ina mendirikan rumah tangga kali kedua bersama seorang duda anak dua pada majlis nikah yang berlangsung pada Jumaat.
Sebelum ini, Ina pernah berkahwin dengan penyanyi nasyid, Allahyarham Suhaimi Saad dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
Namun, Allahyarham Suhaimi Saad meningggalkan dunia pada 15 November 2023 akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Artikel Berkaitan: Terima Mas Kahwin RM100, Ina Naim Akhirnya Sah Bergelar Isteri
Artikel Berkaitan: “Tak Boleh Menjanda Lama-Lama” – Mahu Kahwin Kali Kedua, Ina Naim Perlu Figura Suami Bantu Uruskan Anak-Anak





