Bekas Protege Aizat Amdan, Megat (Mentor 7) Cuba Nasib Sertai Uji Bakat Calpis Soda One In A Million di Sabah

Bekas Protege Aizat Amdan, Megat (Mentor 7) Cuba Nasib Sertai Uji Bakat Calpis Soda One In A Million di Sabah

Bekas peserta Mentor 7, Mohd Adzuan Mazlan yang dikenali dengan nama Megat menjadi antara peserta yang hadir ke uji bakat Calpis Soda One In A Million yang berlangsung hari ini di Sabah International Convention Centre (SICC).

Megat yang merupakan protege kepada Aizat Amdan tidak mahu mendabik dada sepanjang proses uji bakat walaupun pernah muncul dengan single Tetap Kamu.

Single diterbitkan pada 2019 itu merupakan lagu duet bersama Amylea yang menjadi runut bunyi bagi drama bersiri popular Nur 2.

“Walaupun pernah menjadi artis tetapi saya selalu percaya pada rezeki. Perkara paling adalah kita mencuba dan selebihnya terpulang kepada penilaian juri.

“Mungkin saya ada kelebihan pernah menyertai Mentor musim ketujuh dan melahirkan single namun ia bukan alasan untuk saya mendabik dada serta terlalu yakin sepanjang uji bakat,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Berjaya ke peringkat seterusnya, Megat berharap dia dapat melayakkan diri menjadi finalis Calpis Soda OIAM dan merebut ganjaran RM1 juta.

Masih tidak terlambat bagi warga Sabah dan Pulang Pinang untuk mencuba nasib merebut hadiah RM1 juta Calpis Soda OIAM!

Cepat-cepat hadir ke uji bakat di Aras 5, Sabah International Convention Centre (SICC) dan Hotel Atrium, Sunshine Central Penang, Pulau Pinang dari jam 10 pagi hingga 10 malam, esok (10 November).

Tak berkesempatan? Hadir ke uji bakat Calpis Soda One In A Million yang ketiga di AEON Hall Aras 4, AEON Mall Shah Alam dan Blok D, Kompleks Perdanasiswa Universiti Malaya pada 16 dan 17 November 2024 (Sabtu dan Ahad), dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

OIAM membuka pintu kepada semua bakat Malaysia, Singapura, Brunei atau negara lain, yang berusia 15 tahun ke atas secara solo, duo atau berkumpulan.

Peserta berminat hanya perlu membawa minus one sendiri (MP3) lagu pilihan masing-masing selain gambar berukuran pasport dan 4R.

Namun jika tidak berkesempatan menyertai sesi uji bakat secara bersemuka, peserta berminat boleh menyertai uji bakat secara dalam talian bermula pada 1 hingga 17 November ini.

Peserta hanya perlu memuat naik video nyanyian mereka berdurasi seminit di TikTok dengan hashtag rasmi #CalpisOIAMTV3 dan #SegarRasaSodapSuara.

Scroll to Top