Tular Foto Aprena Manrose Didakwa ‘Free Hair’, Ini Respons Iwan Sebagai Bapa

Tular Foto Aprena Manrose Didakwa ‘Free Hair’, Ini Respons Iwan Sebagai Bapa

Penyanyi lagu kerohanian, Iwan Syahman, 63, tampil memberi respons berhubung tindakan anak perempuannya, pelakon Aprena Manrose yang didakwa telah membuka tudung ketika bersukan, baru-baru ini.

Memetik laporan Harian Metro, Iwan atau nama sebenarnya Wan Syahman Wan Yunus tidak mengetahui mengenai perkara tersebut, namun dia enggan masuk campur urusan tersebut kerana berpendapat bahawa Aprena mempunyai seorang suami untuk mendidiknya.

“Dia ada suami. Sebagai bapa, saya tidak boleh ikut campur dengan (tanggungjawab) suami dia. Kecuali kalau dia sudah bercerai apa semua, dan tahulah saya macam mana nak buat.

“Saya pun tidak hubungi dia selepas foto tak bertudung itu tersebar. Sebab dia ada suamilah. Kenapa saya nak kena ikut campur sangat. Tapi, bila dia datang ke rumah nanti, memang saya beri nasihat.” katanya.

Sebelum ini, tular sebuah video di Instagram Story memaparkan Aprena yang hanya memakai kemeja-T lengan pendek dan bandana berona putih didakwa tidak bertudung ketika bermain badminton bersama ahli keluarganya.

Artikel Berkaitan: 8 Tahun Diasak Soal Anak, Aprena Manrose Faham Perasaan Duka Janna Nick – “Sakitnya Hati Ni, Ingat Kami Tak Usaha?”

Artikel Berkaitan: “Rentap Tudung, Meludah” – Laporan Polis Tular, Uqasha Senrose & Aprena Manrose Didakwa Pukul Pembantu Peribadi

Sumber: Harian Metro

Scroll to Top