Peguam mewakili pelakon, Fattah Amin iaitu Syamimi Ab Rahman memaklumkan anak guamnya itu bersetuju untuk memberikan hak penjagaan anak, Nur Fatima Aisya kepada bekas isteri, aktres jelita Nur Fazura Sharifuddin.
Syamimi berkata keputusan itu dibuat selepas Fattah dan Fazura bersetuju dengan segala terma yang telah ditetapkan.
Dalam pada itu, Syamimi turut menjelaskan anak guamnya itu mendapat hak lawatan bermalam dan lawatan harian.
“Untuk hak lawatan ada dua terma iaitu lawatan bermalam dan lawatan harian.
“Untuk lawatan bermalam, Fattah diberikan hak sebanyak dua kali dalam sebulan bergantung kepada kelapangan Fattah iaitu jemput Fatimah pada hari Jumaat dan pulangkan semula pada hari Ahad.
“Fattah juga perlu memaklumkan dua hari sebelum minggu lawatan untuk bermalam dengan Fatimah. Manakala, untuk lawatan harian dan tanpa bermalam, Fattah dibenarkan untuk meluangkan masa bersama Fatimah sebanyak tiga kali seminggu,” katanya.
Fazura dan Fattah Amin sah bercerai dengan talak satu pada 7 Oktober lalu selepas aktres itu memfailkan perceraian pada 13 September 2024.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Fatima, 4.
Artikel Berkaitan: “Bertahun Sengsara! Kereta Range Rover Saya Bagi Dia Bawa Wanita Haram” – Curang, Abai Nafkah Antara Punca Cerai Fazura & Fattah Amin
Artikel Berkaitan: Terkilan Dituduh Tak Setia, Fattah Amin Nafi Curang – “Itu Tohmahan Untuk Cemarkan Nama Saya”
Sumber: OhBulan!




