Mahkamah Tinggi kekal keputusan bebas tuduhan bunuh

Mahkamah Tinggi kekal keputusan bebas tuduhan bunuh

am@hmetro.com.my

Seremban: Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini mengekalkan keputusan melepaskan dan membebaskan pembantu dapur warga Thailand atas pertuduhan membunuh rakan senegara, lima tahun lalu.

Hakim Datuk Rohani Ismail membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh Alsu Nichi, 24.

“Dalam kes ini pihak pendakwaan gagal membuktikan keraguan yang munasabah. Oleh demikian tertuduh dilepaskan dan dibebaskan,” katanya, hari ini.

Nichi yang berasal dari Pattani, Thailand, didakwa membunuh Abdul Rosah Jamu berusia 24 tahun ketika kejadian di belakang restoran di sini, pada 21 April 2019 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mahkamah Tinggi, di sini, pada November 2021 melepaskan dan membebaskan tertuduh tanpa dipanggil membela diri, namun pihak pendakwaan membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan Malaysia.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Syamimi Farhana Muhammad A Aziz manakala tertuduh diwakili peguam Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top