Masalah hutang sering menjadi punca keretakan rumah tangga, terutamanya apabila ia melibatkan jumlah yang besar. Begitulah kisah seorang lelaki yang meluahkan kepayahan hidupnya selepas isterinya membuat pinjaman bank RM20,000 untuk membayar hutang ah long adiknya.
Dalam satu perkongsian di media sosial, lelaki tersebut menggambarkan bagaimana hutang ini telah menggugat keharmonian rumah tangganya.
“RM20,000 besar tak terkata bagi aku”- Luah si suami…
Lelaki itu berkongsi, isterinya yang bekerja sebagai penjawat awam bergaji rendah telah membuat pinjaman tanpa berbincang dengannya.
Dengan gaji isteri yang kurang daripada RM3,000 dan pendapatannya sebagai pekerja kampung, mereka kini bergelut membayar hutang setiap bulan.
Aku dah janji, selagi hutang tak habis, aku tak tidur atas tilam. Aku nak biasakan diri tidur atas lantai, bersedia kalau jadi gelandangan.- Luahnya dengan rasa kecewa.
Tambahnya lagi, walaupun situasi ini berat, dia bersyukur belum dikurniakan zuriat kerana tidak sanggup membayangkan kehidupan lebih sempit jika mereka ada anak.
Hutang dengan ah long bukan perkara main-main…
Perkongsian tersebut telah menarik perhatian ramai, dengan rata-rata netizen menyuarakan rasa simpati dan memberikan pelbagai nasihat. Ada yang menyarankan lelaki tersebut supaya lebih tegas menasihati isterinya agar tidak mengulangi kesilapan ini.
Hutang ah long ni bukan main-main. Bila ada orang tolong, mereka takkan belajar dan akan ulang lagi.
Tindakan isterinya sangat tak bijak. Ini pelajaran untuk semua, jangan jadi mangsa hutang orang lain!- Komen netizen.
#OhmediaNasihat
Kes ini adalah peringatan bagi mereka yang menghadapi situasi serupa supaya berhati-hati dengan urusan kewangan, terutama jika melibatkan ahli keluarga yang tidak bertanggungjawab.
Membantu keluarga itu penting, tetapi jangan sampai mengorbankan kebahagiaan sendiri. Jika menghadapi situasi sebegini, berbincanglah dengan pasangan dan dapatkan nasihat kewangan.
