Sejak kebelakangan ini heboh di media sosial mengenai isu pelakon baharu yang didakwa telah dibuli oleh pelakon senior.
Susulan itu, ada segelintir golongan selebriti yang tampil bersuara mengenai isu tersebut termasuklah pelakon, Fatin Afeefa yang mengakui malu mendengar kenyataan aktor berkenaan.
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), aktres filem popular Tentang Bulan ini menegur tindakan individu berkenaan yang didakwa menghafal skrip tanpa mendalami watak dengan betul.
“‘Bila rehearsal dialog lain, bila take tukar dialog lain. So, budak baru tak boleh jawab’. Itu buli? Skrip tu sekadar hafal tapi tak study skrip betul-betul, memang tak akan boleh nak jawab.
“Belajar terima teguran. Itu yang orang complain, berlakon kayu, keras sebab skrip sekadar baca. Produser tak bayar awak untuk bazirkan masa semua orang. Belajar, belajar, belajar. Duit nak, terkenal nak tapi belajar tak nak.
“Saya berlakon dari umur saya lapan tahun, macam-macam manusia saya dah jumpa. Saya dengar temu bual tu, saya yang malu. Apa bro?”,” katanya.
Sebelum ini, selebriti Intan Najuwa, Nadhir Nasar, Rita Rudaini, Lana Nodin dan pengarah, Ahmad Idham turut memberi pandangan peribadinya mengenai isu pelakon baharu dibuli.
Artikel Berkaitan: “Jangan Salahkan Orang Lain, Berlakon Bukan Untuk Populariti” – Intan Najuwa Tak Pernah Kena Buli Dengan Pelakon Senior
Artikel Berkaitan: “Kena Campak Skrip, Tengking Itu Bukan Buli” – Rita Rudaini Tampil Beri Respons Dakwaan Artis Senior ‘Buli’ Pelakon Baharu
Artikel Berkaitan: “Sebab Kau, Pelakon Senior Ada Stereotaip Dengan Pelakon Baru” – Nadhir Nasar
Artikel Berkaitan: Menangis Ditegur Pelakon Senior, Aniq Durar Tak Anggap Ia Tindakan Buli – “Silap Saya Tak Memahami Watak”
Artikel Berkaitan: “Bukan Skrip Je Baling, Kerusi Pun Boleh Melayang!” – Lana Nodin Berang Pelakon Baharu Tak Bersedia Di Set Penggambaran
Artikel Berkaitan: “Awak Merepek Apa Ni Mat”- Ahmad Idham Tegur Pelakon Baru Dakwa Dibuli Artis Senior