Ustaz Sophian reviu servis Pak Mat Western, tunggu lama tapi hidangan sejuk

Ustaz Sophian reviu servis Pak Mat Western, tunggu lama tapi hidangan sejuk

Ketua aktivis Surplus Pulau Pinang, Sophian Mohd Zain luah rasa kecewa terhadap servis dan produk semasa membuat reviu servis Pak Mat Western di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Menerusi satu hantaran di TikTok, Sophian telah memuat naik video memaparkan dia berada di lokasi restoran itu bersama seorang lagi aktivis Surplus.

Ustaz Sophian reviu servis Pak Mat Western

Pada video itu, Sophian memesan air Spanish Latte bersama sepinggan daging disamping memaklumkan mereka menggunakan wang sendiri untuk membeli hidangan itu dan tanpa sebarang penajaan.

“Air Spanish Latte harga RM11.90 ni memang sedap, tapi bagi saya dalam saiz yang cukup kecil, saya rasa tak berbaloi dengan harga yang ditawarkan.
“Daging pula, makanan ni baru je sampai. Sedap, bukan tak sedap. Tapi makanan sejuk, kita tunggu lama. memang kurang menyelerakan dan dengan harga begini.
“Saya bagitahu, makan semua ni kita bayar sendiri dan kita reviu berdasarkan rakyat marhaen. Kita reviu tanpa dibayar,” katanya.

reviu servis Pak Mat Western

Dalam pada itu, Sophian turut memesan set ayam namun beliau turut meluahkan rasa kecewa terhadap hidangan tersebut kerana dihidangkan dalam keadaan sejuk.

“Ini berkaitan dengaan ayam pula, kita dapat dua ketul ayam dengan mashed potato dan coleslaw dengan harga RM13.90. Harga tiada masalah.
“Tapi apa saya naak bagitahu sini, beratur tunggu ayami ni sangat lama. Jadi bila kita tunggu lama, kita beranggapan ayam ni akan panas, barulah dapat menaikkan selera.
“Tapi kalau dapat ayam yang sejuk macam ni, kita nak makan pun hilang selera. Saya rasa tak berbaloi tunggu lama tapi kita dapat hidangan macam ni,” ujarnya.

Sementara itu, Sophian berkata dia sudah lama menyokong perniagaan Pak Mat Western, sejak dari awal perniagaannya di tepi jalan.

Katanya lagi, dia memberikan reviu dan teguran sebegitu dengan harapan Pak Mat Western dapat memperbaiki servis dan produk yang akan dihidangkan kepada pelanggan.

“Kita bagi reviu ni untuk menambahkan kebaikaan servis di Pak Mat Western sebab nama dah mendonia, servis, produk dan barangan pun mestilah mendonia juga,” jelasnya.

Sementara itu, Pak Mat Western telah memberikan maklum balas terhadap video tersebut dan berkata mereka menerima teguran itu dan terbuka.

Artikel lain: Tak mampu cakap berdepan, jantung Una berdegup lihat renungan mata Fattah Amin

“Assalamualaikum tuan. Terima kasih untuk maklum balas daripada pihak tuan. Pihak kami akan ambil maklum untuk penambahbaikan di masa hadapan,” tulisnya di ruangan komen.

Komen dari PMW terhadap reviu servis Pak Mat Western

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya bersetuju dengan kenyataan daripada Sophian dan berkata hidangan yang mereka pesan juga datang dalam keadaan sejuk.

Reviu servis Pak Mat Western, ramai yang setuju

Letak la microwave setiap meja, ramai yang tegur makanan sejuk

Bukan sorang dua, ni dah ramai yang komplen

Tunggu dua jam, takde staf yang layan

Dalam pada itu, ada juga warganet yang meninggalkan komen menegur Pak Mat Western untuk memberi fokus kepada servis juga dan bukan sahaja kepada pemasaran.

Pak Mat boleh berhenti dulu pemasaran kot

Betul ke orang kata marketing je lebih

Makanan sejuk sebab ralit buat marketing

Semoga Pak Mat Western buat penambahbaikan, ramai yang setuju reviu servis Pak Mat Western…

Sumber: TikTok sophianmohdzain12

Scroll to Top