am@hmetro.com.my
Kuala Terengganu: Daerah Setiu kembali dilanda banjir apabila satu pusat pemindahan sementara (PPS) di Balairaya Kampung Bintang, dibuka kira-kira 9.30 pagi, hari ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, setakat ini ia hanya menempatkan sebuah keluarga.
Sementara, di daerah Kemaman hanya satu PPS dibuka sehingga kini dengan 29 mangsa daripada enam keluarga ditempatkan di Balairaya Padang Kemunting.
© New Straits Times Press (M) Bhd
