Pelakon Anzalna Nasir sekali lagi menunjukkan sisi keibuannya yang luar biasa! Beliau dengan tegas memilih untuk tidak menggunakan khidmat pembantu rumah kerana bimbang dengan kes penderaan dan kecuaian yang sering berlaku.
Menurut Anzalna, dia akan memilih untuk menjaga anak-anaknya sendiri walaupun terpaksa melepaskan peluang kerjaya bernilai ratusan ribu ringgit.
“Anak-Anak Lebih Penting Daripada Kerjaya”- Anzalna Nasir.

Tambahnya, sejak kelahiran anak-anaknya, dia tidak pernah sekalipun meninggalkan mereka bersendirian dengan pembantu rumah. Kepercayaan Anzalna terhadap orang luar cukup terhad, walaupun pembantu rumah itu kelihatan baik.
Bab pembantu rumah ini saya memang tak boleh sebab banyak sangat kes. Saya bukanlah ibu yang sempurna, tapi saya sanggup korbankan kerja demi anak-anak.- Kata Anzalna.
Anzalna Nasir memilih untuk dibantu keluarga sendiri jika keadaan mendesak…
Anzalna turut menjelaskan bahawa jika keadaan memerlukan, dia lebih selesa mendapatkan bantuan daripada ahli keluarga. Jika tiada sesiapa yang boleh membantu, beliau akan membatalkan segala urusan kerjayanya.
Saya batalkan segalanya jika tiada keluarga yang boleh tengok-tengokkan mereka. Saya tak akan tinggalkan anak-anak saya dengan maid, saya tak percayakan mereka walau baik macam mana pun.- Katanya.
Keputusan ini turut dipengaruhi oleh video tular yang menunjukkan kekerasan pembantu rumah terhadap anak seorang personaliti media sosial, Dr Say. Situasi itu menguatkan lagi pendirian Anzalna untuk menjaga anak-anaknya sendiri.

#OhmediaNasihat
Keputusan Anzalna ini boleh menjadi inspirasi kepada ibu bapa untuk lebih berhati-hati dalam memilih penjaga anak. Namun, tidak semua ibu bapa mampu untuk menjaga anak sepenuhnya.
Jika perlu menggunakan pembantu, pastikan mereka dipilih dengan teliti dan pantau setiap masa demi keselamatan anak-anak.





