295 petinju bertarung di Kota Kinabalu

295 petinju bertarung di Kota Kinabalu

aida_adilah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kejohanan Tinju Kebangsaan 2024 di Kota Kinabalu, Sabah membuktikan sukan itu semakin mendapat tempat di kalangan anak muda.

Buat pertama kali dalam sejarah, Persatuan Tinju Kebangsaan (PTM), menerima jumlah penyertaan tertinggi membabitkan 295 peserta yang akan bertarung bermula dari 25 hingga 20 November ini di Dewan Maksak, Kota Kinabalu, Sabah.

Jumlah penyertaan tertinggi itu secara tidak langsung akan memberi peluang kepada PTA mengenal pasti bakat baru yang akan diserapkan dalam skuad kebangsaan.

Presiden PTM, Datuk Iruan Zulkefli ketika ditemui berkata, ia adalah medan terbaik buat petinju menyerlahkan bakat mereka yang mana atlet berpotensi bakal diserapkan ke dalam skuad kebangsaan.

“PTM akan mengambil peluang ini untuk mencari bakat baru bagi diketengahkan di Sukan Sea 2027 nanti selain mempersiapkan mereka untuk Sukan Olimpik 2032 nanti.

“Sekarang ini sasaran utama kami Sukan Sea 2027 di Kuala Lumpur yang mana atlet tinju perlu dapatkan emas. PTM perlu cari bakat baharu dan inilah masanya untuk kita bentuk mereka dan pada 2027 mereka sudah bersedia bertarung dalam kategori elit kerana saya mahu mereka mencapai tahap tertinggi pada umur 21 atau 22 tahun,” katanya.

Sebanyak 12 kategori akan dipertandingkan membabitkan elit lelaki dan lima kategori bagi atlet elit wanita. Manakala 11 kategori lelaki dan empat wanita bagi peringkat umur 15-16 tahun.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top