Ahmad Nawab meninggal dunia 

Ahmad Nawab meninggal dunia 

mohamadridzuan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Maestro muzik yang juga tokoh muzik legenda, Tan Sri Ahmad Nawab, 92, meninggal dunia di rumahnya di Taman Melewar, di sini, petang tadi. 

Berita ini dimaklumkan oleh Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) Datuk Freddie Fernandez menerusi mesej aplikasi WhatsApp. 

“Tan Sri Ahmad Khan bin Nawab Khan telah kembali ke Rahmatullah di rumahnya jam 3.15 petang tadi,” menurut kiriman mesej itu. 

Allahyarham adalah seorang penggubah lagu, pemain muzik serta penyanyi yang terkenal di Singapura dan Malaysia.

Ahmad Nawab berjasa besar terhadap industri kerana menaikkan nama-nama hebat dalam industri antaranya Datuk Jamal Abdillah, Datuk Khadijah Ibrahim, Ramlah Ram dan Shidee.

Beliau sudah menggubah lebih daripada 2,000 lagu sejak pembabitannya dalam dunia seni dan diberi penganugerahan sebagai “Seniman Negara Ke-7”.

Pada 31 Ogos lalu, adiknya, Akbar Khan, 86, meninggal dunia.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top