17 maut, bas jatuh gaung di Brazil

17 maut, bas jatuh gaung di Brazil
17 maut, bas jatuh gaung di Brazil

Seramai 17 orang maut selepas sebuah bas terjatuh ke dalam gaung di Alagoas, timur Brazil pada Ahad. Gambar hiasan

SAO PAULO – Seramai 17 orang maut manakala lebih 20 lagi cedera selepas sebuah bas terjatuh ke dalam gaung di Alagoas, timur Brazil pada Ahad, menurut pihak berkuasa tempatan.

Bas yang membawa 40 penumpang itu dilaporkan hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam gaung di kawasan pergunungan daerah Uniao dos Palmares, lapor Xinhua memetik kenyataan jabatan bomba.

Kerajaan tempatan berikrar untuk memberikan bantuan kepada keluarga mangsa dan mengisytiharkan tempoh berkabung selama tiga hari.

Punca kejadian masih dalam siasatan. – Bernama-Xinhua

Scroll to Top