Vida akan lantik peguam, mohon diberi ruang

Vida akan lantik peguam, mohon diberi ruang

rnoraina@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida memohon diberi ruang bagi menyelesaikan isu kediaman dan empat kenderaan mewahnya yang disita selepas gagal melunaskan hutang mencecah RM1 juta.

Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza Othman, 53, memaklumkan sudah melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkenaan.

“Saya mengambil perkara ini dengan serius dan akan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu yang dibangkitkan.

“Saya sudah melantik peguam untuk menasihati dan membantu saya dalam menyelesaikan perkara ini dengan cara yang terbaik dan mengikut lunas undang-undang,” katanya dalam kenyataan di media sosialnya malam ini.

Vida turut menghargai sokongan semua pihak.

Beliau berharap supaya diberi ruang untuk menangani perkara itu dengan tenang dan profesional.

Terdahulu media melaporkan, barangan rumah dan empat kenderaan mewah milik Vida disita selepas gagal melunaskan tunggakan bayaran ubah suai bangunan kilangnya.

Menurut akhbar berbahasa Inggeris, Vida dilaporkan gagal menjelaskan bayaran baki tunggakan kilangnya di Shah Alam, Selangor, yang dijadikan sebuah studio pada tahun 2018 berjumlah RM1,060,285.

Perintah penyitaan dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top