Pelakon sensasi, Ruhainies menerusi perkongsian di Instagram Story mengajak para pengikutnya berselawat selama 40 hari.
Dalam misi tersebut, Ruhainies mencadangkan pengikut supaya mengamalkan selawat jibril sebanyak 1000 kali untuk merasai perubahan besar dalam hidup.
Ruhainies ajak pengikut join misi selamat 40 hari

Menerusi ruangan respon, ramai pengikut berkongsi pengalaman positif mereka sejak menyahut seruan ini. Ada yang sudah mengamalkan selama 10 hari, malah ada yang baru sahaja memulakan hari pertama.
Alhamdulilah. Cuba start hari ini sebagai hari pertama dan tengok bagaimana hidup awak berubah menjadi lebih baik. Awak akan rasa perubahan tu. Just sharing.
Menurut Ruhainies lagi, banyak manfaat dengan berselawat antaranya mendapat rezeki yang melimpah ruah. Rezeki tidak terhad kepada wang ringgit je tetapi banyak lagi aspek lain.
“Janji Allah itu pasti”

Yay alhamdulilah. Bestnya ramai yang dah start. Ada yang 10 hari, 5 hari, 2 hari and baru nak mula today pun ada. Jom korang kita sama-sama rasa. Anis tak nak kedekut sorang-sorang. Nak korang pun rasa apa yang Anis rasa. And ofcourse tiada paksaan pada sesiapa ya. Hanya yang ingin rasa perubahan tu, dialu-alukan. sebab janji Allah itu pasti.
Tambahnya lagi, amalan selawat ini bukan paksaan tetapi hanya untuk mereka yang ingin mencuba dan merasai perubahan.
#OhmediaNasihat
Amalan baik seperti berselawat bukan sahaja dapat mendekatkan kita dengan Allah SWT tetapi juga membuka pintu rezeki dan ketenangan jiwa. Semoga kita semua dapat manfaat bersama!





