Individu Wanita Dedah Jadi Skandal Penyanyi Terkenal?

Individu Wanita Dedah Jadi Skandal Penyanyi Terkenal?

Tiada angin tiada ribut, seorang individu wanita berusia lingkungan 26 tahun mengaku menjalinkan hubungan cinta bersama seorang penyanyi terkenal.

Katanya menerusi pendedahkan di aplikasi ‘Send Me Anonymous’ yang dikongsikan di platform X, dia memerlukan pertolongan dan mengaku masih belum ‘move on’ dengan hubungan tersebut.

“Mein, Aku female, 26 tahun skandal dengan artis terkenal.

“Sebut sahaja nama mesti semua orang tahu lagu dia. I need help. Aku tak boleh move on.

“Sudah macam orang gila pergi mana-mana dengar lagu dia. Mesti teringat momen berdua bersama,” luahnya.

Mengulas lanjut,  wanita berkenaan juga mengaku sudah buntu dan mencari cara untuk melupakan kekasihnya itu sekaligus tidak mahu melakukan perbuatan ‘terkutuk’ itu lagi.

“Mati akal dah tak tahu nak buat macam mana nak lupakan. He is always there for me, tapi aku  tak nak dah buat benda-benda ni,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet berteka-teki tentang siapakah gerangan penyanyi popular yang dimaksudkan oleh wanita berkenaan.

Scroll to Top