rnoraina@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Seramai 18,751 mangsa banjir membabitkan 5,568 keluarga ditempatkan di 156 pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh negeri yang terjejas banjir hari ini.
Setakat 6 petang tadi, Kelantan dan Terengganu menunjukkan trend peningkatan mangsa banjir berikutan hujan lebat yang berterusan di negeri berkenaan.
Berdasarkan infografik dikeluarkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menunjukkan seramai 15,992 mangsa daripada 4,824 keluarga ditempatkan di 101 PPS di sembilan daerah di Kelantan.
Di Terengganu pula merekodkan peningkatan 2,640 mangsa daripada 710 keluarga berbanding 1,851 mangsa daripada 515 keluarga sebelum itu.
Kesemua mangsa banjir kini ditempatkan di 49 PPS di enam daerah di Terengganu.
Perlis menjadi negeri baharu yang terjejas banjir apabila dua PPS dibuka yang menempatkan 50 mangsa daripada 13 keluarga di dua daerah.
Sementara itu, mangsa banjir di Kedah, Perak dan Johor kekal dengan masing-masing satu PPS masih beroperasi yang menempatkan keseluruhan 64 mangsa daripada 20 keluarga.
© New Straits Times Press (M) Bhd




