Hakisan tanah di Kuala Krai, Pasir Mas

Hakisan tanah di Kuala Krai, Pasir Mas

nfazlina@nstp.com.my

Kota Bharu: Hujan lebat berterusan di Kelantan sejak malam tadi sehingga sembilan daerah dilanda banjir menyebabkan dua kawasan berlaku hakisan tanah.

Lokasi berkenaan adalah di bukit belakang Flat Sri Guchil di Kuala Krai dan di Kampung Lemal, Pasir Mas membabitkan dua rumah penduduk.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan hakisan itu membabitkan sebuah kereta rosak akibat dihempap pokok manakala di Kampung Lemal membabitkan runtuhan tangki air rumah penduduk sepanjang 60 meter ke bawah.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil, Hilmi Abdullah, berkata mendapan tanah berlaku di belakang Flat Sri Guchil yang menyebabkan pokok tumbang menghempap kereta.

“Aduan terus dilaporkan ke Bilik Gerakan Skuad Bantu Kuala Krai dan tindakan terus diambil ambil anggota skuad,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top